Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika dimaksudkan untuk dikemukakan apa-apa sampel bagi mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan atau mengandungi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian bagi analisis pegawai penguat kuasa yang membeli atau selainnya memperoleh sampel itu hendaklah memberitahu penjual, pengilang atau pengimport atau ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu yang daripadanya organisma atau hasilan tersebut dibeli atau selainnya diperoleh bahawa dia bermaksud sampel itu dianalisis oleh seorang juruanalisis.
Tatacara bagi mengambil dan berurusan dengan sampel itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
Bahagian VII