Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019
52. Section 52
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian memberi kepada
Lembaga maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan apa-apa organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian.
Mana-mana orang yang gagal memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komposisi dan kegunaan mana-mana organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Bahagian VII