Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

50. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan benda yang berhubung dengan kesalahan

(1)

Mana-mana pegawai penguat kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang supaya mengemukakan kepadanya organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang pegawai penguat kuasa itu semunasabahnya percaya telah digunakan dalam pelakuan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini, sebagaimana dalam milikan, atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau dalam kuasa orang itu untuk mengemukakan.

(2)

Seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menahan apa-apa organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas,

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, yang dikemukakan kepadanya di bawah subseksyen (1) bagi maksud penyiasatan.

(3)

Peruntukan tentang pelucuthakan dalam seksyen 45 hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital yang ditahan di bawah subseksyen (2).

(4)

Mana-mana orang yang gagal mengemukakan mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian, atau buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuk dalam bentuk digital, sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Pegawai penguat kuasa boleh mendapatkan bantuan untuk memeriksa benda yang berhubung dengan kesalahan

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules