Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

49A. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa penyiasatan dibuat di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan boleh kemudiannya, jika mahkamah berpendapat patut demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar

Biokeselamatan 51

kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh

Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa sesuatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan bagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasa suatu perbarisan cam atau terangkum dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j)

Akta Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengan pembuatan atau kandungan apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawai penguat kuasa semasa sesuatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules