Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

53. Kuasa untuk mengambil sampel

(1)

Seseorang pegawai penguat kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel mana-mana organisma atau hasilan yang disyaki merupakan atau mengandungi organisma diubah suai yang hidup atau hasilan organisma sedemikian bagi maksud analisis—

(a)

apabila dibayar, daripada mana-mana orang yang menjual organisma atau hasilan sedemikian, atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu; atau

(b)

tanpa bayaran, daripada mana-mana pengilang atau pengimport organisma atau hasilan sedemikian atau daripada ejen atau pekhidmatnya atau ejen atau pekhidmat pertubuhan perbadanan itu.

(2)

Sampel yang diminta, dipilih, diambil atau didapatkan di bawah subseksyen (1) hendaklah diterima dalam mana-mana mahkamah.

(3)

Mana-mana orang yang enggan mematuhi mana-mana permintaan yang dibuat oleh seseorang pegawai penguat kuasa di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,—

(a)

jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan;

(b)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan, dalam hal

Biokeselamatan 55

kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua puluh ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules