Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

12D. Prosiding sivil

Feedback & support

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Institut atau dalam apa-apa prosiding lain yang dalamnya Institut dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengari, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengari, mana-mana orang atau pegawai Institut yang diberi kuasa bagi pihak itu melalui arahan khas atau am Ketua Pengarah, boleh bagi pihak Institut, memulakan prosiding itu atau hadir dalam dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Institut.

Report