Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

8A. Hadiah

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, bagi pihak Institut, menerima dengan cara pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, bantuan, warisan atau selainnya, apa-apa harta dan wang sebagai bantuan kewangan Institut atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Apa-apa harta atau wang yang diterima oleh Institut di bawah subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada terma dan syarat yang padanya harta atau wang itu diberikan dan diterima, digunakan oleh Lembaga untuk kesemua atau mana-mana maksud Institut mengikut Akta ini.

(3)

Suatu daftar hendaklah disimpan berkenaan dengan semua harta dan wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), termasuk nama penderma dan apa-apa syarat khas yang padanya harta dan wang itu telah diberikan.

(4)

Semua harta dan wang yang diberikan dan diterima bagi apa-apa maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud yang baginya harta dan wang itu diberikan dan diterima dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.

Pelaburan

Report