12C. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportKecuali bagi maksud Akta ini atau apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, seseorang anggota
22 Undang-Undang Malaysia No. 35/1968
Lembaga, atau mana-mana pegawai, kakitangan atau ejen Institut, mana-mana anggota jawatankuasa, atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.