JADUAL
(Sekshen 3)
1. (1) $ \mathrm{O r a n g^{2}} $ yang berikut ada-lah tidak berkelayakan bagi di-lantek sa-bagai atau bagi menjadi ahli $ ^{2} $ Majlis—
(a) orang yang tidak sempurna 'akal atau kerana sebab $ ^{2} $ yang lain tidak berupaya menyempurnakan kewajipan $ ^{2} $ -nya;
(c) orang yang telah di-thabitkan atas kesalahan yang melibatkan penipuan, kechurangan atau kekejian akhlak.
(2) Sa-saorang ahli hendak-lah, melainkan jika ia berhenti terlebeh dahulu atau ia di-berhentikan, memegang jawatan sa-lama tempoh (yang tidak lebeh daripada tiga tahun) sa-bagaimana yang di-nyatakan di-dalam surat perlantekan-nya, dan boleh di-lantek sa-mula.
(3) Sa-saorang ahli Majlis ada-lah terhenti menjadi ahli jika ia tidak menghadhiri meshuarat Majlis tiga kali berturut $ ^{2} $ dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pengerusi atau jika ia menjadi tidak berkelayakan menurut perenggan-kechil (1).
(4) Meṇtri boleh membenarkan pembayaran daripada Kumpulan Wang akan apa $ ^{2} $ elaun kapada ahli $ ^{2} $ Majlis sa-bagaimana yang ditetapkan oleh Mentri.
2. Majlis hendak-lah bermeshuarat sa-kurang²-nya sa-kali dalam sukutahun pertama dan ketiga bagi tiap² satu tahun bagi maksud menimbangkan kegiatan²-nya dalam masa sa-tengah tahun yang berakhir pada 31 haribulan Disember dan 30 haribulan Jun, mengikut mana yang berkenaan, yang akhir terdahulu daripada suku-tahun itu.
3. (1) Chukupbilang bagi Majlis ia-lah tujoh.
(2) Jika atas apa $ ^{2} $ soal yang akan di-putuskan oleh Majlls, bilangan undi itu sama banyak maka Pengerusi atau lain $ ^{2} $ ahli yang berlaku sa-bagai Pengerusi ada-lah berhak memberi undi pemutus.
(3) Terta'alok kapada perenggan-kechil (1) dan (2), Majlis hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.
(4) Meteri Maktab hendak-lah di-sahkan oleh Pengerusi Majlis atau oleh lain $ ^{2} $ ahli yang berlaku sa-bagai Pengerusi, dan sa-orang ahli lain Majlis itu, dan apa $ ^{2} $ suratan yang di-katakan sa-bagai di-meterikan dengan meteri yang tersebut dan yang di-sahkan saperti tersebut di-atas hendak-lah, sa-hingga akas-nya di-buktikan, di-sifatkan sa-bagai telah di-sempurnakan dengan sa-hnya.
4. (1) Timbalan Pengerusi hendak-lah melaksanakan tugas $ ^{2} $ Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi.
(2) Mentri boleh melantek sa-saorang menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau ahli Majlis semenfara dalam masa tiada keupayaan buat sementara kerana sakit, atau dalam masa ketiadaan sementara Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau lain? ahli, mengikut mana yang berkenaan itu di-dalam Persekutuan.
(3) Pengetua Maktab hendak-lah menjadi Setia-usaha Majlis dengan tiada apa $ ^{2} $ hak mengundi.
5. Majlis boleh melantek jawatan-kuasa $ ^{2} $ sa-lain daripada jawatankuasa yang tersebut dalam sekshen 5, sa-bagaimana yang di-fikirkannya patut; dan terta'alok kapada apa $ ^{2} $ arahan oleh Majlis, sa-buah jawatan-kuasa yang di-lantek sa-demikian hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.
6. (1) Majlis boleh dengan kebenaran Mentri dan persetujuan Perbendaharaan—
(a) menentukan sharat $ ^{2} $ yang di-fikirkan patut bagi perlantekan pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ Maktab sa-bagaimana yang perlu;
(b) membuat kaedah $ ^{2} $ berkenaan dengan menuboh dan menguruskan sa-suatu kumpulan wang simpanan yang di-charumkan bagi pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ yang di-lantek di-bawah perenggan-kechil (a), atau berkenaan dengan memberi pinjaman $ ^{2} $ kapada pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ atas sharat $ ^{2} $ sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Majlis, atau berkenaan dengan membayar penchen, elaun atau ganjaran kapada pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ tersebut apabila bersara atau dengan jalan lain berhenti memegang jawatan sa-bagai pegawai dan pengkhidmat sa-demikian itu.
(2) Terta'alok kapada perenggan-kechil (1) (a), Majlis boleh dengan persetujuan Mentri melantek sa-orang Pegawai Kerja ia-itu Pengetua Maktab dan lain $ ^{2} $ pegawai dan pengkhidmat sa-bagaimana yang perlu.
(3) Tiap $ ^{2} $ ahli Majlis dan tiap $ ^{2} $ pegawai dan pengkhidmat yang dilantek di-bawah perenggan-kechil (2) hendak-lah di-sifatkan sa-bagai sa-orang penjawat 'awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkuatkuasa di-Negeri $ ^{2} $ Tanah Melayu atau mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang bersamaan dengan-nya yang berkuatkuasa di-Sabah dan Sarawak.
[Persetujuan di-Raja di-terima pada 11hb September, 1968.]