Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

4P. Meterai perbadanan Institut

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan Institut boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Lembaga.

(2)

Meterai perbadanan Institut hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua

Pengarah dan hendaklah digunakan dengan kebenaran Lembaga.

(3)

Meterai perbadanan Institut hendaklah dicapkan pada semua diploma dan sijil dan ditandatangani oleh—

(a)

Ketua Pengarah atau, semasa ketiadaannya, seorang anggota lain

Lembaga yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga; dan

(b)

mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Institut yang sah.

(4)

Meterai Institut hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

(5)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeterai boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Institut; dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Institut oleh Ketua Pengarah, atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga secara am atau khusus.

Institut Koperasi (Pemerbadanan) 17

Report