Seorang juruaudit syarikat persendirian hendaklah memegang jawatan mengikut terma pelantikannya, dengan syarat bahawa—
dia tidak mengambil alih jawatan sehingga juruaudit terdahulu terhenti memegang jawatan, melainkan jika dia ialah juruaudit yang pertama bagi syarikat itu; dan
dia terhenti memegang jawatan tiga puluh hari dari pengedaran penyata kewangan kepada anggota melainkan jika dilantik semula.
Walau apa pun perenggan (1)(a), seorang juruaudit boleh mengambil alih jawatan sebelum juruaudit terdahulu terhenti memegang jawatan dalam hal keadaan yang berikut:
jika juruaudit terdahulu itu bukan juruaudit tunggal; atau
jika dia dilantik sebagai juruaudit tambahan.
334 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Jika jawatan juruaudit menjadi kosong di bawah perenggan (1)(b) dan tiada seorang pun juruaudit telah dilantik oleh anggota syarikat, juruaudit yang memegang jawatan sebaik sebelum kekosongan itu hendaklah disifatkan dilantik semula, melainkan jika—
dia telah dilantik oleh Lembaga;
perlembagaan menghendaki pelantikan semula yang sebenar;
pelantikan semula yang disifatkan itu dihalang oleh anggota di bawah seksyen 270; atau
anggota membuat ketetapan bahawa dia tidak patut dilantik semula.
Subseksyen (3) tidak menjejaskan peruntukan Subpenggal ini mengenai pemecatan dan peletakan jawatan juruaudit.