Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian V · Pelbagai
561. Larangan menjalankan perniagaan di Malaysia
Feedback & supportSesuatu syarikat asing tidak boleh menjalankan perniagaan di Malaysia melainkan jika syarikat asing itu didaftarkan sebagai syarikat asing di bawah Akta ini.
Sesuatu syarikat asing tidak boleh dianggap sebagai menjalankan perniagaan di Malaysia hanya oleh sebab syarikat itu menjalankan aktiviti sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga Belas di dalam Malaysia.
Bagi maksud seksyen ini,
“menjalankan perniagaan”
termasuklah mengadakan atau menggunakan pejabat pemindahan syer atau pendaftaran syer atau mentadbir, mengurus atau selainnya berurus niaga dengan harta yang terletak di Malaysia sebagai seorang ejen, wakil diri di sisi undang-undang, atau pemegang amanah, sama ada oleh pekhidmat atau ejen atau selainnya.
Syarikat asing dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
624 Undang-Undang Malaysia AKTA 777