Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bab II
271. Pelantikan juruaudit syarikat awam
Feedback & supportJuruaudit bagi suatu syarikat awam hendaklah dilantik bagi setiap tahun kewangan syarikat itu.
Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga hendaklah melantik juruaudit—
pada bila-bila masa sebelum mesyuarat agung tahunan yang pertama syarikat; atau
untuk mengisi kekosongan biasa jawatan juruaudit.
Mana-mana juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (2)
hendaklah memegang jawatan sehingga tamatnya—
mesyuarat agung tahunan yang pertama bagi pelantikan di bawah perenggan (2)(a); atau
mesyuarat agung tahunan yang akan datang bagi pelantikan di bawah perenggan (2)(b).
Anggota hendaklah melantik juruaudit melalui ketetapan biasa—
pada mesyuarat agung tahunan;
jika syarikat sepatutnya melantik juruaudit pada mesyuarat agung tahunan tetapi tidak melantik sedemikian; atau
jika
Lembaga tidak melantik juruaudit di bawah subseksyen (2).
Juruaudit suatu syarikat awam hendaklah hanya dilantik mengikut subseksyen (2) atau (4).
336 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.