Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian II · Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

190. Sekatan ke atas permulaan perniagaan dalam hal keadaan tertentu

Feedback & support
(1)

Jika suatu syarikat awam yang mempunyai modal syer telah mengeluarkan suatu prospektus untuk mempelawa orang awam bagi melanggan syernya atau mengeluarkan suatu prospektus di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 berhubung dengan syernya, syarikat awam itu layak memulakan apa-apa perniagaan atau menjalankan apa-apa kuasa peminjaman—

(a)

jika tiada wang adalah atau menjadi bertanggungan untuk dibayar balik kepada pemohon bagi apa-apa syer atau debentur yang ditawarkan bagi langganan orang awam oleh sebab apa-apa kegagalan untuk memohon atau mendapatkan kebenaran penyenaraian untuk disebut harga di mana-mana bursa saham;

(b)

jika—

(i)

syer yang dipegang tertakluk pada pembayaran keseluruhan amaun dalam bentuk wang tunai telah diumpukkan kepada suatu amaun yang pada

Syarikat 249

keseluruhannya tidak kurang daripada langganan minimum; dan

(ii)

tiap-tiap pengarah telah membayar kepada syarikat atas setiap syer yang diambil atau terkandung dalam kontrak untuk diambil oleh pengarah, dan yang baginya pengarah itu bertanggungan untuk membayar dalam bentuk wang tunai, suatu kadar yang bersamaan dengan kadar yang kena dibayar atas permohonan dan pengumpukan atas syer yang ditawarkan untuk langganan orang awam.

(2)

Jika suatu syarikat awam yang mempunyai modal syer tidak mengeluarkan prospektus yang mempelawa orang awam untuk melanggan syernya atau tidak mengeluarkan suatu prospektus menurut

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, syarikat awam itu berhak memulakan apa-apa perniagaan atau menjalankan apa-apa kuasa peminjamannya jika—

(a)

suatu pernyataan sebagai ganti prospektus yang mematuhi

Akta ini telah diserah simpan dengan Pendaftar; dan

(b)

tiap-tiap pengarah syarikat itu telah membayar kepada syarikat itu atas setiap syer yang diambil atau terikat dalam kontrak untuk diambil oleh pengarah dan yang baginya pengarah itu bertanggungan untuk membayar dalam wang tunai, suatu kadar yang bersamaan dengan kadar yang kena dibayar atas permohonan dan pengumpukan bagi syer yang kena dibayar dalam wang tunai itu.

(3)

Syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu akuan berkanun oleh setiausaha atau seorang daripada pengarah syarikat yang menentusahkan bahawa perenggan (1)(a) dan (b) atau (2)(a) dan (b), mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dipatuhi, dan syarikat layak untuk memulakan perniagaan atau menjalankan mana-mana kuasa peminjaman dari dan selepas penyerahsimpanan akuan berkanun itu.

250 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(4)

Akuan berkanun yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah disokong dengan suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir yang berikut:

(a)

suatu cabutan resit dan pembayaran yang berhubungan dengan syer dan debentur yang dikeluarkan di bawah prospektus atau pernyataan sebagai ganti prospektus dan butir-butir yang berhubungan dengan baki di tangan, dan dalam akaun atau anggaran perbelanjaan awal;

(b)

butir-butir mengenai apa-apa kontrak yang dibuat oleh syarikat sebelum memulakan perniagaan; dan

(c)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(5)

Apa-apa kontrak yang dibuat oleh syarikat sebelum tarikh yang syarikat itu berhak untuk memulakan perniagaan hendaklah bersifat sementara sahaja dan hendaklah hanya mengikat syarikat itu apabila perniagaannya bermula.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang syarikat itu daripada menerima apa-apa wang yang kena dibayar atas permohonan bagi debentur jika syer dan debentur ditawarkan serentak oleh syarikat itu bagi langganan.

(7)

Jika mana-mana syarikat memulakan perniagaan atau menjalankan kuasa peminjaman yang berlanggaran dengan seksyen ini, tiap-tiap orang yang bertanggungjawab bagi pelanggaran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(8)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Syarikat 251

Report

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules