Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

597. Sekatan ke atas penggunaan perkataan “Limited”, “Berhad” dan “Sendirian”

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran yang “Berhad” atau “Bhd.” atau “Limited”

atau “Ltd.” merupakan perkataan atau singkatan yang terakhir, orang itu, melainkan jika diperbadankan dengan liabiliti terhad dengan sewajarnya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Syarikat 663

(2)

Suatu syarikat tidak boleh menggunakan perkataan “Sendirian”

atau “Sdn.” sebagai sebahagian daripada namanya jika syarikat itu tidak memenuhi kehendak yang dikehendaki oleh Akta ini supaya dipenuhi oleh syarikat persendirian.

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Tertakluk pada Penggal 9 Bahagian II dan bagi maksud seksyen ini, “menjalankan perniagaan” termasuklah penggunaan apa-apa nama atau gelaran yang “Berhad” atau “Bhd.” atau “Limited” atau “Ltd.”

atau perkataan “Sendirian” atau “Sdn.” merupakan sebahagian daripada nama atau gelaran dalam apa-apa dokumen, buku atau penyiaran.

Pendakwaan pegawai syarikat yang melanggar undang-undang

Report