Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bab I

267. Pelantikan juruaudit syarikat persendirian

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat persendirian hendaklah melantik seorang juruaudit bagi setiap tahun kewangan syarikat itu.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana syarikat persendirian daripada kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen itu mengikut syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.

(3)

Lembaga hendaklah melantik seorang juruaudit bagi syarikat—

(a)

dalam hal suatu syarikat yang baharu diperbadankan, sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum tamat tempoh bagi pengemukaan penyata kewangan pertama kepada

Pendaftar; atau

(b)

untuk mengisi kekosongan biasa bagi jawatan juruaudit.

(4)

Anggota hendaklah melantik seorang juruaudit melalui ketetapan biasa—

(a)

dalam hal tahun yang berikutnya selepas pengemukaan penyata kewangan yang pertama, selama tempoh bagi pelantikan juruaudit itu; atau

(b)

jika Lembaga gagal untuk melantik juruaudit di bawah subseksyen (3).

(5)

Juruaudit bagi syarikat persendirian hendaklah hanya dilantik mengikut subseksyen (3) atau (4).

(6)

Bagi maksud subseksyen (4), tempoh bagi melantik juruaudit ertinya tempoh tiga puluh hari—

Syarikat 333

(a)

sebelum berakhirnya tempoh yang dibenarkan bagi penyerahsimpanan penyata kewangan tahun sebelumnya dengan Pendaftar di bawah subseksyen 259(1); atau

(b)

jika penyata kewangan tahun sebelumnya diserah simpan dengan Pendaftar lebih awal, sebelum hari penyata kewangan itu diserah simpan dengan Pendaftar.

(7)

Syarikat dan tiap-tiap pengarah syarikat yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Report

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules