Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

396. Orang yang boleh mencadangkan perkiraan sukarela

Feedback & support
(1)

Pengarah sesuatu syarikat selain syarikat yang berada di bawah perintah pengurusan kehakiman atau yang digulung boleh membuat cadangan kepada syarikat itu dan kepada pemiutangnya bagi suatu perkiraan sukarela di bawah Subpenggal ini.

(2)

Cadangan bagi suatu perkiraan sukarela di bawah Subpenggal ini hendaklah termasuk pelantikan seorang penama sama ada sebagai pemegang amanah atau penyelia bagi maksud menyelia pelaksanaan perkiraan sukarela itu.

(3)

Suatu cadangan bagi perkiraan sukarela boleh juga dibuat—

(a)

oleh pengurus kehakiman jika suatu syarikat berada di bawah perintah pengurusan kehakiman; atau

(b)

oleh penyelesai jika suatu syarikat digulung, yang boleh juga menjadi penama bagi perkiraan sukarela itu.

(4)

Dalam hal jika penyelesai ialah Pegawai Penerima, penama hendaklah merupakan seorang pengamal insolvensi.

Report

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules