Skip to content
In forceAmendedUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Syarikat 2016

Feedback & supportRegistration, administration and dissolution of companies

Long title

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pentadbiran dan pembubaran syarikat dan perbadanan dan bagi perkara yang berkaitan.

In force · Updated to 31 Jan 2025

In plain English

Not legal advice

This Act covers how companies and corporations are registered, run and closed down. The minister sets the start date, and different parts can start on different dates.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Syarikat 2016.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

“akaun untung dan rugi” termasuklah akaun pendapatan dan perbelanjaan, akaun hasil atau apa-apa akaun lain yang menunjukkan hasil urus niaga sesuatu perbadanan bagi sesuatu tempoh;

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“alamat penyampaian”, berhubung dengan seseorang pengarah, ertinya suatu alamat, secara elektronik atau selainnya, yang diberikan kepada syarikat yang kepadanya apa-apa komunikasi boleh dihantar;

“anggota” ertinya—

(a)

dalam hal suatu syarikat berhad dengan syer, seseorang yang namanya dicatatkan dalam daftar anggota sebagai pemegang satu atau lebih syer dalam syarikat itu pada masa ini; atau

(b)

dalam hal suatu syarikat berhad menurut jaminan, seseorang yang namanya dicatatkan dalam daftar anggota;

“Bank Negara Malaysia” ertinya Bank yang ditakrifkan dalam seksyen 3 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701];

“berdaftar” ertinya berdaftar di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

“buku” termasuklah apa-apa daftar atau rekod maklumat lain dan apa-apa akaun atau rekod perakaunan, tidak kira bagaimana jua pun disusun, direkodkan atau disimpan, dan termasuk juga apa-apa dokumen;

“bursa saham” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

“daftar cawangan” ertinya—

(a)

berhubung dengan suatu syarikat—

(i)

daftar cawangan anggota syarikat itu yang disimpan di bawah seksyen 53; atau

Syarikat 39

(ii)

daftar cawangan pemegang debentur yang disimpan di bawah seksyen 60, mengikut kehendak keadaan; dan

(b)

berhubung dengan suatu syarikat asing, daftar cawangan anggota syarikat itu yang disimpan di bawah seksyen 568;

“daftar utama”, berhubung dengan suatu syarikat, ertinya daftar anggota syarikat itu yang disimpan di bawah seksyen 50;

“debentur” termasuklah saham debentur, bon, sukuk, nota dan apa-apa sekuriti lain sesuatu perbadanan sama ada merupakan suatu gadaian ke atas aset perbadanan itu atau tidak;

“dicetak” termasuklah ditaip atau dilitograf atau dikeluarkan semula melalui apa-apa cara yang berbentuk mekanikal;

“diperakui”, berhubung dengan suatu salinan dokumen, ertinya diperakui mengikut cara yang ditentukan oleh Pendaftar sebagai salinan benar dokumen itu dan, berhubung dengan terjemahan sesuatu dokumen, ertinya diperakui mengikut cara yang ditentukan oleh

Pendaftar sebagai terjemahan yang betul dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau ke dalam bahasa Inggeris, mengikut kehendak keadaan;

“diserah simpan” ertinya diserah simpan atau difailkan di bawah

Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“faedah” termasuklah pulangan atau pampasan sebagaimana yang diperakui di bawah prinsip Shariah;

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

“gadaian” termasuklah suatu gadai janji dan apa-apa perjanjian untuk memberi atau menyempurnakan suatu gadaian atau gadai janji sama ada atas tuntutan atau selainnya;

“harta” berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah tanah, wang, barangan, hak dalam tindakan, benda dalam tindakan, nama baik dan tiap-tiap barangan berharga, sama ada zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, dan sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain dan juga termasuk obligasi, pengabdian, dan tiap-tiap perihalan estet, faedah dan keuntungan, sekarang atau masa hadapan, terletak hak atau luar jangka, yang berbangkit daripada atau bersampingan dengan harta itu;

“institusi berlesen” ertinya suatu bank berlesen, bank pelaburan berlesen, bank Islam berlesen, bank Islam antarabangsa berlesen, penanggung insurans berlesen, pengendali takaful berlesen dan pengendali takaful antarabangsa berlesen;

“juruaudit syarikat diluluskan” ertinya seseorang yang telah diluluskan di bawah seksyen 263 sebagai juruaudit dan yang kelulusannya tidak dibatalkan;

“kaedah-kaedah” ertinya mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat oleh Jawatankuasa Kaedah-Kaedah di bawah seksyen 616;

“kelab rekreasi tidak tersenarai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

“Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Ketua

Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diperuntukkan dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];

“langganan minimum”—

(a)

berhubung dengan apa-apa syer suatu kelab rekreasi tidak tersenarai yang ditawarkan kepada orang awam untuk langganan, ertinya amaun yang dinyatakan dalam prospektus yang berhubungan dengan tawaran itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Syarikat 41

(b)

berhubung dengan apa-apa pengeluaran, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, syer yang dibuat di bawah Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007, ertinya amaun yang dinyatakan dalam prospektus yang berhubungan dengan pengeluaran, penawaran atau pelawaan itu mengikut kehendak Suruhanjaya Sekuriti yang berhubungan dengan kandungan prospektus, sebagai amaun minimum yang pada pendapat pengarah mesti diperdapatkan melalui pengeluaran syer yang ditawarkan sedemikian;

“Lembaga”, berhubung dengan suatu syarikat, ertinya—

(a)

pengarah syarikat itu yang bilangannya tidak kurang daripada jumlah kuorum yang dikehendaki untuk bertindak sebagai lembaga pengarah; atau

(b)

jika syarikat itu hanya mempunyai seorang pengarah, pengarah itu;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seorang hakim

Mahkamah Tinggi;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat;

“mesyuarat agung tahunan”, berhubung dengan suatu syarikat awam, ertinya suatu mesyuarat syarikat yang dikehendaki supaya diadakan oleh seksyen 340;

“pakar” termasuklah jurutera, penilai, akauntan dan mana-mana orang lain yang profesion atau reputasinya memberikan autoriti kepada sesuatu pernyataan yang dibuat olehnya;

“pegawai”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah—

(a)

mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja perbadanan;

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(b)

penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan perbadanan yang dilantik di bawah kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara; dan

(c)

mana-mana penyelesai syarikat yang dilantik dalam penggulungan sukarela, tetapi tidak termasuk—

(i)

mana-mana penerima yang bukannya seorang pengurus;

(ii)

mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh

Mahkamah; atau

(iii)

mana-mana penyelesai yang dilantik oleh Mahkamah atau pemiutang;

“Pegawai Penerima” ertinya Ketua Pengarah Insolvensi, Timbalan

Ketua Pengarah Insolvensi, Pengarah Insolvensi, Timbalan Pengarah

Insolvensi, Penolong Pengarah Kanan Insolvensi, Penolong Pengarah

Insolvensi, pegawai Insolvensi dan mana-mana pegawai lain yang dilantik di bawah *Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];

“pemegang syer substansial” ertinya orang yang disebut dalam subseksyen 136(2);

“pemegangan syer substansial” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 136;

“pemunya benefisial” ertinya—

(a)

berhubung dengan syer, pemilik mutlak syer itu dan tidak termasuk penama bagi apa-apa perihalan; dan

(b)

berhubung dengan suatu syarikat, seseorang sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 60A;

*CATATAN—Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] telah dipinda dan disebutkan sebagai Akta

Insolvensi 1967 [Akta 360] yang mula berkuat kuasa pada 6 Oktober 2017–lihat seksyen 4 dan 5 Akta

Kebankrapan (Pindaan) 2017 [Akta A1534] dan P.U. (B) 466/2017.

Syarikat 43

“Pendaftar”

ertinya

Pendaftar yang ditetapkan di bawah subseksyen 20A(1) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

[Akta 614];

“pengamal insolvensi”

ertinya seseorang yang merupakan penyelesai diluluskan selain Pegawai Penerima;

“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu perbadanan tidak kira dengan apa jua nama dipanggil dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya majoriti pengarah suatu perbadanan lazimnya bertindak dan seorang pengarah silih ganti atau pengarah ganti;

“Penggal” ertinya suatu Penggal dalam Akta ini dan sebutan mengenai sesuatu Penggal yang dinyatakan ialah sebutan mengenai

Penggal Bahagian itu Akta ini yang dalamnya sebutan itu terdapat;

“penggulungan sukarela anggota” ertinya suatu penggulungan di bawah Subpenggal 4 Penggal 1 Bahagian IV, jika suatu pengisytiharan telah dibuat dan diserah simpan di bawah seksyen 443;

“penggulungan sukarela pemiutang” ertinya suatu penggulungan di bawah Subpenggal 5 Penggal 1 Bahagian IV;

“penganjur”, berhubung dengan sesuatu prospektus yang dikeluarkan oleh atau yang berkaitan dengan sesuatu perbadanan, ertinya penganjur perbadanan itu yang merupakan suatu pihak dalam penyediaan prospektus itu atau mana-mana bahagiannya yang berkaitan; tetapi tidak termasuk mana-mana orang yang semata-mata bertindak atas sifat profesionalnya;

“pengurus”, berhubung dengan sesuatu syarikat, ertinya pegawai eksekutif utama syarikat pada masa ini tidak kira apa jua nama dipanggil dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;

“penyata kewangan” mempunyai erti yang sama yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia di bawah

Akta Laporan Kewangan 1997 [Akta 558];

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

“penyata tahunan” ertinya penyata yang dikehendaki supaya diserah simpan di bawah seksyen 68, dan termasuklah apa-apa dokumen yang disertakan dengan penyata itu;

“penyelesai” termasuklah Pegawai Penerima apabila bertindak sebagai penyelesai sesuatu perbadanan;

“penyelesai diluluskan” ertinya seseorang yang telah diluluskan di bawah seksyen 433 sebagai penyelesai dan yang kelulusannya tidak dibatalkan;

“penyumbang”, berhubung dengan suatu syarikat, ertinya seseorang yang bertanggungan untuk menyumbang kepada aset syarikat sekiranya syarikat itu digulungkan, dan termasuk pemegang syer berbayar penuh dalam syarikat itu dan, sebelum penentuan muktamad orang yang menjadi penyumbang, termasuklah mana-mana orang yang dikatakan sebagai penyumbang;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan di bawah Akta ini;

“perbadanan berkaitan”, berhubung dengan sesuatu perbadanan, ertinya suatu perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan perbadanan yang pertama disebut menurut kuasa seksyen 7;

“perbadanan peminjam” ertinya suatu perbadanan yang berada atau akan berada di bawah suatu liabiliti, sama ada liabiliti itu sekarang atau masa hadapan, untuk membayar balik apa-apa wang yang diterima atau yang akan diterima olehnya sebagai sambutan kepada suatu pelawaan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli debentur perbadanan mengikut peruntukan Subpenggal 10 Penggal 1

Bahagian III;

“perbadanan penjamin”, berhubung dengan suatu perbadanan peminjam, ertinya sesuatu perbadanan yang telah menjamin atau telah bersetuju untuk menjamin pembayaran balik apa-apa wang yang diterima atau yang akan diterima oleh perbadanan peminjam itu sebagai balasan kepada suatu pelawaan kepada orang awam untuk melanggan atau membeli debentur perbadanan peminjam itu;

Syarikat 45

“perbadanan perbankan” ertinya suatu bank berlesen, bank pelaburan berlesen, bank Islam berlesen dan bank Islam antarabangsa berlesen;

“perlembagaan” ertinya suatu dokumen yang disebut dalam seksyen 34;

“perniagaan berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] atau

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], mengikut mana-mana yang berkenaan;

“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, surat pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran daripada orang awam untuk melanggan atau membeli atau yang menawarkan kepada orang awam bagi langganan atau pembelian mana-mana syer dalam atau debentur bagi atau apa-apa unit syer dalam atau unit debentur bagi sesuatu perbadanan atau perbadanan yang dicadangkan dan, berhubung dengan mana-mana prospektus yang didaftarkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, ertinya suatu prospektus yang ditakrifkan dalam Akta itu;

“rekod perakaunan”, berhubung dengan suatu perbadanan, termasuklah invois, resit, perintah bagi pembayaran wang, bil pertukaran, cek, nota janji hutang, baucar dan dokumen catatan utama lain dan termasuk juga apa-apa kertas kerja dan dokumen lain yang diperlukan untuk menerangkan kaedah dan pengiraan yang dengannya sesuatu akaun disediakan;

“salinan pejabat”, berhubung dengan mana-mana perintah

Mahkamah atau dokumen Mahkamah yang lain, ertinya suatu salinan yang sah di bawah tandatangan atau meterai Pendaftar Mahkamah atau pegawai Mahkamah lain yang sepatutnya;

“sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

“Suruhanjaya

Sekuriti”

ertinya

Suruhanjaya

Sekuriti yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993

[Akta 498];

“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

“syarikat asing” ertinya—

(a)

suatu syarikat, perbadanan, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b)

suatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain badan atau persatuan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;

“syarikat awam” ertinya suatu syarikat selain syarikat persendirian;

“syarikat persendirian” ertinya—

(a)

mana-mana syarikat yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini merupakan suatu syarikat persendirian di bawah mana-mana undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

(b)

mana-mana syarikat yang diperbadankan sebagai suatu syarikat persendirian di bawah Akta ini; atau

(c)

mana-mana syarikat yang bertukar menjadi suatu syarikat persendirian di bawah seksyen 41, iaitu suatu syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat persendirian di bawah seksyen 42;

Syarikat 47

“syarikat persendirian terkecuali” ertinya suatu syarikat persendirian yang dalam syernya tiada kepentingan benefisial dipegang secara langsung atau tidak langsung oleh mana-mana perbadanan dan yang mempunyai tidak lebih daripada dua puluh anggota yang kesemuanya bukan suatu perbadanan;

“syarikat yang mempunyai modal syer” termasuklah suatu syarikat tidak berhad dengan modal syer;

“syer” ertinya modal syer dikeluarkan sesuatu perbadanan dan termasuk saham kecuali jika perbezaan antara saham dengan syer dinyatakan atau tersirat;

“syer ekuiti” ertinya apa-apa syer yang bukannya syer keutamaan;

“syer keutamaan” ertinya suatu syer tidak kira dengan apa jua nama dipanggil, yang tidak melayakkan pemegangnya mendapat hak untuk mengundi melalui suatu ketetapan atau bagi apa-apa hak untuk mengambil bahagian di luar amaun yang dinyatakan dalam mana-mana pengagihan sama ada melalui dividen, atau penebusan, dalam penggulungan, atau selainnya;

“syer mengundi”, berhubung dengan sesuatu pertubuhan perbadanan, ertinya suatu syer keluaran pertubuhan perbadanan itu—

(a)

yang padanya terikat hak untuk mengundi dalam semua hal keadaan; atau

(b)

yang bukan suatu syer yang padanya hak untuk mengundi terhad kepada hanya satu atau lebih hal keadaan yang berikut:

(i)

semasa tempoh yang suatu dividen, atau sebahagian daripada dividen, berkenaan dengan syer itu menjadi tertunggak;

(ii)

semasa cadangan untuk mengurangkan modal syer pertubuhan perbadanan itu;

(iii)

semasa cadangan yang menjejaskan hak yang terikat dengan syer itu;

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(iv)

semasa cadangan untuk menggulung pertubuhan perbadanan itu;

(v)

semasa cadangan bagi pelupusan keseluruhan harta, perniagaan dan pengusahaan pertubuhan perbadanan itu;

(vi)

semasa penggulungan pertubuhan perbadanan itu.

(vii)

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan perbadanan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;

“undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang telah pada bila-bila masa berkuat kuasa di mana-mana bahagian di Malaysia dan yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini;

“unit”, berhubung dengan syer, debentur atau kepentingan lain, ertinya apa-apa hak atau kepentingan dalamnya, tidak kira dengan apa jua terma dipanggil;

(2)

Seseorang tidaklah dikira sebagai seorang yang mengikut arahan atau petunjuk yang pengarah sesuatu syarikat lazimnya bertindak hanya oleh sebab pengarah itu bertindak atas nasihat yang diberikan olehnya atas sifat profesionalnya.

(3)

Suatu pernyataan yang dimasukkan ke dalam sesuatu prospektus atau pernyataan sebagai ganti prospektus hendaklah disifatkan tidak benar jika pernyataan itu mengelirukan dalam bentuk dan konteks pernyataan itu dimasukkan.

(4)

Suatu pernyataan hendaklah disifatkan dimasukkan ke dalam sesuatu prospektus atau pernyataan sebagai ganti prospektus jika pernyataan itu terkandung dalam mana-mana laporan atau memorandum yang terdapat pada permukaan atau melalui sebutan yang dimasukkan dalam atau dikeluarkan dengan prospektus atau pernyataan sebagai ganti prospektus itu.

Syarikat 49

(5)

Apa-apa pelawaan kepada orang awam untuk mendepositkan wang dengan atau memberi pinjaman wang kepada sesuatu perbadanan hendaklah disifatkan sebagai suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur perbadanan itu dan apa-apa dokumen yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan atau dikehendaki supaya dikeluarkan oleh perbadanan yang mengesahkan atau merupakan keterangan atau merupakan pengesahan keterhutangan perbadanan itu berkenaan dengan apa-apa wang yang didepositkan atau yang mungkin didepositkan dengan atau dipinjamkan kepada perbadanan sebagai balasan kepada pelawaan itu hendaklah disifatkan sebagai debentur, tetapi suatu pelawaan kepada orang awam oleh sesuatu perbadanan ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 158(8) tidak boleh disifatkan sebagai suatu pelawaan kepada orang awam untuk mendepositkan wang dengan atau memberi pinjaman wang kepada perbadanan bagi maksud

Akta Skim Kepentingan 2016 [Akta 778].

(6)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai tawaran syer atau debentur kepada orang awam hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai tawaran syer atau debentur kepada mana-mana golongan orang awam, sama ada dipilih sebagai pelanggan orang yang mengeluarkan prospektus itu atau mengikut apa-apa cara lain; tetapi suatu tawaran bona fide atau pelawaan berkenaan dengan syer atau debentur itu tidak boleh disifatkan sebagai suatu tawaran kepada orang awam jika ia—

(a)

merupakan suatu tawaran atau pelawaan untuk membuat suatu perjanjian penajaan jamin;

(b)

dibuat kepada seseorang yang perniagaan biasanya adalah membeli atau menjual syer atau debentur sama ada sebagai prinsipal atau ejen;

(c)

dibuat kepada anggota sedia ada atau pemegang debentur sesuatu perbadanan dan berkaitan dengan syer atau debentur perbadanan itu dan bukannya suatu tawaran yang baginya seksyen 233 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

terpakai; atau 50 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(d)

dibuat kepada anggota sedia ada syarikat mengikut pengertian seksyen 457 dan berkaitan dengan syer dalam perbadanan mengikut pengertian seksyen itu.

(7)

Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai seseorang yang merupakan atau menjadi bankrap atau mengenai seseorang yang memberikan estetnya bagi faedah pemiutangnya atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan atau mengenai seseorang yang menjadi bankrap yang belum dilepaskan atau mengenai apa-apa status, keadaan, perbuatan, perkara atau benda di bawah atau berhubung dengan undang-undang kebankrapan hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai orang yang merupakan atau menjadi bankrap atau tidak solven atau mengenai orang yang membuat apa-apa penyerahhakan atau perkiraan atau mengenai seseorang yang menjadi bankrap yang belum dilepaskan atau tidak solven atau mengenai status, keadaan, perbuatan, perkara atau benda yang bersamaan, mengikut kehendak keadaan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan atau ketidaksolvenan.

s 3Takrif “perbadanan”

Apa-apa sebutan mengenai “perbadanan” dalam Akta ini ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau wujud di Malaysia atau di luar Malaysia dan termasuk mana-mana syarikat asing, perkongsian liabiliti terhad dan perkongsian liabiliti terhad asing tetapi tidak termasuk—

(a)

mana-mana pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di Malaysia dan yang melalui notis oleh Menteri yang disiarkan dalam Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau suatu perantaraan atau agensi Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri atau menjadi pertubuhan perbadanan yang tidak diperbadankan bagi maksud perdagangan;

(b)

mana-mana perbadanan tunggal;

Syarikat 51

(c)

mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi; atau

(d)

mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja.

(1)

Tertakluk pada subseksyen (3), sesuatu perbadanan hendaklah disifatkan sebagai suatu subsidiari perbadanan yang lain, tetapi hanya jika—

(a)

perbadanan yang lain itu—

(i)

mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadanan itu;

(ii)

mengawal lebih daripada setengah kuasa mengundi perbadanan itu; atau

(iii)

memegang lebih daripada setengah keseluruhan jumlah syer dikeluarkan perbadanan itu, tidak termasuk mana-mana bahagian modal syer yang terdiri daripada syer keutamaan; atau

(b)

perbadanan itu ialah suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadanan yang lain itu.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1)(a)(i), keanggotaan sesuatu lembaga pengarah perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh suatu perbadanan yang lain jika perbadanan yang lain itu boleh melantik atau memecat kesemua atau majoriti pengarah dan bagi maksud peruntukan ini, syarikat pemegangan itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika—

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

seseorang tidak boleh dilantik sebagai pengarah tanpa penjalanan kuasa sedemikian yang memihak kepadanya oleh perbadanan yang lain itu; atau

(b)

pelantikan seseorang sebagai pengarah semestinya berikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai lain perbadanan yang lain itu.

(3)

Dalam menentukan sama ada satu perbadanan ialah subsidiari kepada suatu perbadanan yang lain—

(a)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu atas sifat fidusiari hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya;

(b)

tertakluk pada perenggan (c) dan (d), apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan—

(i)

oleh mana-mana orang sebagai penama bagi perbadanan yang lain itu, kecuali jika perbadanan yang lain itu hanya berkaitan atas sifat fidusiari; atau

(ii)

oleh, atau oleh penama bagi, subsidiari perbadanan yang lain itu, yang bukannya suatu subsidiari yang berkaitan hanya atas sifat fidusiari, hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang lain itu;

(c)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasa peruntukan mana-mana debentur perbadanan atau suatu surat ikatan amanah bagi mendapatkan apa-apa keluaran debentur tidak boleh diambil kira; dan

(d)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yang lain itu atau subsidiarinya, yang tidak dipegang atau boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (c), hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau boleh dijalankan oleh

Syarikat 53

perbadanan yang lain itu jika perniagaan biasa perbadanan yang lain itu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuklah peminjaman wang dan syer dipegang atau kuasa boleh dijalankan sebagaimana yang disebut terdahulu dengan cara cagaran hanya bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam perjalanan biasa perniagaan itu.

(4)

Sebutan dalam Akta ini mengenai syarikat pemegangan bagi sesuatu syarikat atau perbadanan lain hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai sesuatu perbadanan yang syarikat atau perbadanan itu ialah subsidiarinya.

s 5Takrif “syarikat pemegangan muktamad”

Sesuatu perbadanan hendaklah disifatkan sebagai syarikat pemegangan utama perbadanan yang lain jika—

(a)

perbadanan yang lain itu ialah suatu subsidiari perbadanan itu; dan

(b)

perbadanan itu sendiri bukan suatu subsidiari bagi mana-mana perbadanan.

s 6Takrif “subsidiari milik penuh”

Sesuatu perbadanan ialah suatu “subsidiari milik penuh”

perbadanan yang lain jika perbadanan itu tidak mempunyai anggota kecuali—

(a)

perbadanan yang lain itu atau penamanya; atau

(b)

subsidiari milik penuh perbadanan yang lain itu atau penamanya.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

s 7Bila perbadanan disifatkan berhubung antara satu sama lain

Sesuatu perbadanan disifatkan berkaitan antara satu sama lain jika—

(a)

perbadanan itu ialah syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain;

(b)

perbadanan itu ialah subsidiari suatu perbadanan yang lain;

atau

(c)

perbadanan itu ialah subsidiari syarikat pemegangan suatu perbadanan yang lain.

Bahagian II

Pembentukan dan Pentadbiran Syarikat

Bahagian III

Pengurusan Syarikat

Bahagian II

Bahagian II Jadual itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar; dan

Bab I

Bab II

Bab III

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Bahagian IV

Pemberhentian Syarikat

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules