27C. Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan
Feedback & supportBagi maksud menentukan pematuhan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau pelanggaran apa-apa garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang dikeluarkan di bawah seksyen 20C, Pendaftar hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh
Pendaftar atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Bagi maksud seksyen ini, Pendaftar boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.
Mana-mana orang yang—
tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pendaftar di bawah seksyen ini; atau
menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang Pendaftar semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini,
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 614
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.