Seksyen 27E
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
of Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001
Menurut waran penggeledahan dan penyitaan yang dikeluarkan oleh Majistret di bawah Kanun Tatacara Jenayah, jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau benda yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, Pendaftar hendaklah dengan apa-apa cara mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kelengkapan, peralatan atau benda di dalam premis itu atau bekas yang di dalamnya ia dijumpai.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia 39