Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

27F. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

Feedback & support

Jika Pendaftar berpuas hati, atas maklumat yang diterima, bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah daripada Majistret di bawah Kanun Tatacara Jenayah penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, Pendaftar boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 56 Kanun Tatacara Jenayah dengan sepenuhnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Report