Skip to content

Seksyen 27G

Senarai benda yang disita

of Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

ActIn forceProvision 44 of 47
Seksyen 27G
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda disita di bawah seksyen 27E dan 27F, Pendaftar hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu senarai benda yang disita dan tempat di mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu masing-masing dijumpai dan menyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang telah digeledah, atau kepada ejen atau pekerjanya, di premis itu.

(2)

Jika premis itu tidak berpenghuni, Pendaftar hendaklah bilamana mungkin menampal senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.