Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

27J. Penyerahan dokumen perjalanan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika Pendaftar mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa mana-mana orang, yang menjadi subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, berkemungkinan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia 41

meninggalkan Malaysia, Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menghendaki orang itu untuk menyerahkan pasport atau apa-apa dokumen perjalanan lain dalam milikannya.

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1)

disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan serta-merta, jika gagal berbuat demikian, dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan

Majistret.

(3)

Jika seseorang dibawa ke hadapan Majistret di bawah subseksyen (2), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati

Majistret bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran memasukkannya ke penjara—

(a)

sehingga tamat tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.

(4)

Bagi maksud subseksyen

(3)

, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu.

(5)

Pendaftar boleh melalui notis yang dikeluarkan kepada mana-mana pegawai imigresen, meminta agar mana-mana orang yang menjadi subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama, dihalang daripada meninggalkan Malaysia.

(6)

Pegawai imigresen, apabila diberitahu mengenai permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (5), boleh menghendaki orang yang merupakan subjek atau berkaitan dengan penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, untuk menyerahkan pasport atau apa-apa dokumen perjalanan lain dalam milikannya kepada pegawai imigresen.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

(7)

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63

[Akta 155].

Report

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules