Skip to content

Seksyen 27H

Pelepasan benda yang disita

of Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001

ActIn forceProvision 45 of 47
Seksyen 27H
(1)

Jika apa-apa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda telah disita di bawah seksyen 27E dan 27F,

Pendaftar boleh pada bila-bila masa selepas itu melepaskan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu kepada orang yang ditentukannya sebagai berhak secara sah kepada kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

atau benda itu jika dia berpuas hati bahawa kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud mana-mana prosiding di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, atau bagi maksud apa-apa prosiding di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(2)

Pendaftar mahupun Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan atau Pendaftar tidak bertanggungjawab kepada apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda itu telah dibuat dengan niat baik.

(3)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh Pendaftar yang membuat pelepasan mana-mana kelengkapan, peralatan, bahan, buku, rekod, akaun, dokumen atau benda di bawah subseksyen (1)

yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam masa tujuh hari dari pelepasan itu.

Kos atau ganti rugi yang timbul daripada penyitaan tidak boleh didapatkan balik