Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian V

36. Kesalahan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang tidak didaftarkan atau tidak dikecualikan daripada pendaftaran di bawah Akta ini yang—

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 51

(a)

bersengaja dan secara palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini atau sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan pergigian;

(b)

bersengaja dan secara palsu memakai atau menggunakan nama atau gelaran dentis, doktor pergigian, dentis berkelulusan, doktor pembedahan pergigian, profesor pergigian, pakar bedah gigi;

(c)

bersengaja dan secara palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang memberi faham bahawa dia adalah didaftarkan di bawah

Akta ini, atau bahawa dia diiktiraf di sisi undang-undang sebagai seorang dentis atau doktor pergigian atau bahawa dia berkelulusan untuk mengubat atau merawat sakit gigi sama ada dengan cara ilmu pergigian atau dengan apa-apa cara lain;

(d)

bersengaja dan secara palsu memakai atau menggunakan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan, atau menggunakan sesuatu alat, yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan pergigian;

(e)

menjalankan amalan pergigian;

(f)

menggunakan perkataan “klinik gigi” atau “dispensari gigi” atau “hospital gigi” atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan ini dalam sesuatu bahasa lain pada papan tanda di tempat amalannya dengan berupa sebagai menjalankan amalan pergigian sebagai seorang yang didaftarkan di bawah Akta ini; atau

(g)

menggunakan sesuatu simbol yang direka bentuk oleh

Majlis untuk kegunaan pengamal pergigian berdaftar sahaja, adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Pergigian 39

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

pemakaian atau penggunaan oleh seseorang perkataan

“doktor pergigian” atau “dentis berkelulusan” atau

“doktor pembedahan pergigian” atau “profesor pergigian”

atau “pakar bedah gigi” atau “dentis” atau “klinik gigi”

atau “dispensari gigi” atau sesuatu perkataan yang bersamaan dengan perkataan ini dalam sesuatu bahasa lain berhubung dengan menjalankan amalan pergigian hendaklah disifatkan sebagai pemakaian atau penggunaan sesuatu nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan pergigian melainkan jika dibuktikan sebaliknya;

(b)

penggunaan oleh seseorang dalam menjalankan amalan pergigian apa-apa alat atau bahan pergigian yang digunakan khusus oleh orang-orang yang berkelulusan untuk menjalankan amalan pergigian hendaklah disifatkan sebagai penggunaan sesuatu alat yang dimaksudkan untuk mendorong seseorang mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan pergigian melainkan jika dibuktikan sebaliknya;

(c)

jika mana-mana orang, selain seorang pengamal pergigian atau seorang pengamal perubatan, atau seorang peniaga perkakas dan alat perubatan dan pergigian, ada dalam milikannya mana-mana satu atau lebih daripada alat dan perkakas yang berikut yang biasanya digunakan dalam amalan pergigian iaitu kerusi pergigian, ketur pergigian, enjin pergigian, picagari pergigian, sepit pergigian, cermin pergigian, atau suatu prob pergigian, dia hendaklah disifatkan sebagai bersengaja dan secara palsu berpura-pura sebagai didaftarkan di bawah Akta ini dan sebagai berkelulusan untuk menjalankan amalan pergigian.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 51

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules