Akta Pergigian 1971 · Updated to 1 Dec 2021 · Bahagian V
37. Larangan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar
Feedback & support(1)
Tertakluk pada subseksyen 38(4) tiada seorang pun, selain pengamal pergigian berdaftar, boleh menjalankan amalan pergigian:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa melarang pengamal perubatan berdaftar dan orang lain dalam perkhidmatan awam yang bekerja terus di bawah perintah dan penyeliaan seseorang pakar bedah pergigian berdaftar, daripada mencabut gigi untuk melegakan sakit atau daripada menggunakan ubat-ubat bagi maksud itu.
(2)
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan bersalahan dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.