Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian V

41. Pengecualian

Feedback & support
(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa melarang seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pendaftaran pengamal perubatan daripada menjalankan amalan perubatan atau pembedahan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa melarang jururawat pergigian daripada diberi latihan amalan pergigian di bawah penyeliaan seseorang doktor pergigian berdaftar di sesuatu hospital, klinik, atau sekolah pergigian yang diluluskan bagi maksud itu oleh Menteri.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ini, adalah sah di sisi undang-undang bagi seseorang yang mengikuti sesuatu kursus pengajian pergigian atau pembedahan pergigian di mana-mana Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971

[Akta 30], untuk menjalankan, pada mengikuti kursus pengajian itu, apa-apa penyiasatan pergigian, pemeriksaan pergigian atau perawatan pergigian mengenai pesakit-pesakit dalam mana-mana hospital, klinik, pusat kesihatan, atau institusi lain yang diluluskan oleh

Menteri bagi maksud-maksud seksyen ini melalui pemberitahuan dalam Warta, dengan syarat penyiasatan, pemeriksaan atau perawatan itu dijalankan oleh orang itu di bawah kawalan dan penyeliaan

Pergigian 43

seorang doktor pergigian berdaftar yang memegang suatu perakuan amalan tahunan semasa yang sah.

(4)

Hospital, klinik, pusat kesihatan, atau institusi lain yang diluluskan oleh Menteri di bawah subseksyen (3), atau pemunyanya, tidaklah bertanggungan bagi apa-apa bencana, kerugian atau kerosakan daripada jenis sivil yang berlaku kepada mana-mana pesakit atau orang lain semata-mata oleh sebab apa-apa penyiasatan, pemeriksaan atau perawatan mengenai seorang pesakit di bawah subseksyen (3) yang dijalankan oleh seseorang yang mengikuti sesuatu kursus pengajian pergigian atau pembedahan pergigian dalam sesuatu Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan mengikut

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua pun yang terkandung dalam subseksyen ini boleh ditafsirkan sebagai memberi orang yang mengikuti kursus pengajian itu, atau Universiti atau Kolej Universiti yang di dalamnya orang itu sedang mengikuti kursus pengajian itu atau mana-mana pegawai atau pekerja Universiti atau Kolej Universiti itu, apa-apa kekebalan daripada apa-apa tanggungan bagi bencana, kerugian atau kerosakan itu.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules