(1)
Sesiapa yang bersalah atas sesuatu kesalahan terhadap Akta ini yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan boleh, apabila disabitkan, dikenakan—
(a)
bagi kesalahan kali pertama, denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan
(b)
bagi kesalahan kali kedua atau kemudian, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang berterusan orang itu boleh dikenakan penalti selanjutnya sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan sebagai tambahan kepada penalti di bawah perenggan (1)(a) dan (b) itu masing-masing.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 51