Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian V

38. Berselindung

Feedback & support
(1)

Mana-mana pengamal pergigian berdaftar yang membenarkan seseorang yang tidak berdaftar menjalankan amalan pergigian di premis yang digunakan oleh atau di bawah kawalan pengamal pergigian berdaftar itu dalam menjalankan kewajipan profesionalnya melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(2)

Mana-mana pengamal pergigian berdaftar yang dengan kehadirannya, sokongannya, nasihatnya, pertolongannya, atau kerjasamanya telah dengan diketahuinya membolehkan seseorang yang tidak berdaftar, sama ada dikatakan sebagai seorang pembantu atau selainnya, menjalankan amalan pergigian, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(3)

Mana-mana pengamal pergigian berdaftar yang menjalankan amalan pergigian di premis yang di dalamnya seseorang tidak berdaftar menjalankan amalan pergigian yang diketahui oleh pengamal pergigian berdaftar itu melakukan suatu kesalahan terhadap

Akta ini.

(4)

Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa melarang seseorang dalam perkhidmatan awam yang diambil bekerja bagi

Pergigian 41

maksud menjalankan amalan pergigian daripada menjalankan tatacara yang termasuk dalam pengertian menjalankan amalan pergigian jika tatacara itu dijalankan dalam masa orang itu bekerja dan di bawah penyeliaan seorang doktor pergigian dalam perkhidmatan awam.

Report

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan bagi Maksud Negara

Schedules