Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan
36. Sekatan ke atas pembayaran dividen
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh membayar apa-apa dividen atas syernya sehingga semua perbelanjaan yang dipermodalkannya (termasuk belanja permulaan, belanja pengelolaan, komisen penjualan syer, komisen brokeraj, amaun kerugian yang ditanggung, dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang disokong oleh aset ketara) telah dihapus kira.
Sebelum sesuatu institusi yang ditetapkan mengisytiharkan apa-apa dividen, institusi itu hendaklah memohon secara bertulis bagi mendapatkan kelulusan Bank berkenaan dengan amaun yang
Institusi Kewangan Pembangunan 69
dicadangkan hendak diisytiharkan, dan Bank boleh meluluskan amaun itu, atau suatu amaun yang lebih rendah, atau melarang pembayaran apa-apa dividen, setelah mengambil kira keadaan kewangan institusi yang ditetapkan itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).