Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan
42E. Skim Ombudsman Kewangan
Feedback & supportBagi maksud memastikan pengendalian aduan yang berkesan dan adil dan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk kewangan, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 123—
untuk menghendaki mana-mana golongan, kategori atau perihalan institusi yang ditetapkan menjadi anggota Skim
Ombudsman Kewangan dan mematuhi pada setiap masa terma keanggotaan skim itu; dan
mengenai terma Skim Ombudsman Kewangan yang menyatakan ruang lingkup termasuk jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepadanya dan pengadunya yang layak, fi yang boleh dicajkan dan jenis award yang boleh diberikan di bawah Skim Ombudsman Kewangan.
Sesuatu institusi yang ditetapkan yang ialah anggota Skim
Ombudsman Kewangan hendaklah—
memberikan dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud penyelesaian pertikaian yang dirujuk kepada Skim Ombudsman Kewangan; dan
mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah Skim
Ombudsman Kewangan, termasuk suatu arahan yang menghendaki institusi yang ditetapkan itu untuk mengambil apa-apa langkah berhubung dengan suatu pertikaian.
78
Undang-Undang Malaysia
Jika suatu pertikaian telah dirujuk kepada Skim Ombudsman
Kewangan oleh pengadu yang layak, pengadu yang layak itu tidak berhak untuk membuat suatu tuntutan atas pertikaian itu kepada
Tribunal
Tuntutan
Pengguna yang ditubuhkan di bawah
Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].