Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan
42B. Pemakaian
Feedback & supportSeksyen 42C dan 42D hendaklah terpakai tanpa menjejaskan peruntukan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]
setakat yang peruntukan itu berhubung dengan mana-mana aktiviti
Institusi Kewangan Pembangunan 75
terkawal yang dijalankan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah Akta itu.
Bank hendaklah membuat perkiraan secara bertulis dengan
Suruhanjaya Sekuriti untuk menyelaraskan pengawalseliaan pelakuan perniagaan yang berhubungan dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, yang dibangunkan, ditawarkan atau dipasarkan oleh sesuatu institusi yang ditetapkan.
Standard mengenai pelakuan perniagaan
*42C. (1) Bank boleh menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan bagi maksud memastikan bahawa sesuatu institusi yang ditetapkan adalah adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kewangan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—
kehendak ketelusan dan penzahiran termasuk pemberian maklumat yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan kepada pengguna kewangan;
terma yang adil dalam suatu kontrak pengguna kewangan bagi perkhidmatan atau produk kewangan;
promosi perkhidmatan atau produk kewangan;
pemberian syor atau nasihat termasuk penilaian kesesuaian dan kemampuan perkhidmatan atau produk kewangan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan; dan
aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.
*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan
(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.
76
Undang-Undang Malaysia
Bank boleh menentukan standard bagi maksud takrif “pengguna kewangan” di bawah seksyen 42A.
Jika Bank menentukan suatu standard mengenai pelakuan perniagaan di bawah subseksyen (1) yang berhubungan secara khusus dengan produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran
Modal dan Perkhidmatan 2007, standard itu hendaklah ditentukan secara bersesama dengan Suruhanjaya Sekuriti.