Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan
39. Penyenggaraan kumpulan wang rizab
Feedback & supportBank boleh menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan supaya—
menyenggarakan suatu kumpulan wang rizab; dan
sebelum mengisytiharkan apa-apa dividen daripada untung bersihnya bagi setiap tahun (selepas peruntukan yang wajar telah dibuat untuk cukai), memindahkan kumpulan wang rizabnya daripada untung bersih bagi setiap tahun—
sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada lima puluh peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, selagi amaun kumpulan wang rizab itu kurang daripada lima puluh peratus daripada modal berbayarnya; atau
sejumlah wang yang sama banyak dengan tidak kurang daripada dua puluh lima peratus daripada untung bersih bagi tahun itu, selagi amaun kumpulan wang rizab itu lima puluh peratus tetapi kurang daripada seratus peratus daripada modal berbayarnya.
Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh menentukan bahawa suatu bahagian yang berlainan daripada untung bersih bagi setiap tahun hendaklah dipindahkan kepada kumpulan wang rizab sesuatu institusi yang ditetapkan bagi maksud memastikan bahawa amaun kumpulan wang rizabnya mencukupi bagi maksud perniagaannya dan memadai berhubung dengan liabilitinya.
Institusi Kewangan Pembangunan 71
Walau apa pun subseksyen (1), kumpulan wang rizab sesuatu institusi yang ditetapkan boleh, dengan kelulusan Bank dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Bank, digunakan untuk membayar apa-apa syer tidak diterbitkan yang akan dikeluarkan kepada anggotanya sebagai syer bonus berbayar penuh.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkan institusi yang ditetapkan itu membayar dividen daripada kumpulan wang rizabnya.
(Dipotong oleh Akta A1502).