Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan

42D. Pelakuan perniagaan dilarang

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi yang ditetapkan tidak boleh terlibat dalam apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam

Jadual Kedua.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 126, Bank boleh mengeluarkan panduan secara bertulis mengenai—

(a)

perihalan pelakuan yang menjadi apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

atau

(b)

faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan sama ada sesuatu institusi yang ditetapkan telah terlibat dalam apa-apa pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Jika Bank mengeluarkan panduan yang berhubungan dengan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5

dan 6 Jadual Kedua, panduan itu hendaklah dikeluarkan setelah berunding dengan Suruhanjaya Persaingan.

(4)

Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Institusi Kewangan Pembangunan 77

(5)

Bank hendaklah merujuk apa-apa aduan daripada seorang yang terkilan yang melibatkan pelakuan perniagaan dilarang yang dinyatakan dalam perenggan 5 dan 6 Jadual Kedua kepada

Suruhanjaya Persaingan.

(6)

Dalam seksyen ini, “Suruhanjaya Persaingan” ertinya Suruhanjaya

Persaingan yang ditubuhkan di bawah Akta Persaingan 2010 [Akta 712].

Report

Bahagian V

Urusan Dengan Wang Kerajaan

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules