Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan
37. Penyenggaraan aset cair
Feedback & supportBank boleh menentukan bahawa sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memegang apa-apa amaun minimum, atau purata minimum, aset cair di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu pada setiap masa atau selama apa-apa tempoh, dan mengikut apa-apa nisbah atau formula.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Bagi maksud subseksyen (1), amaun minimum, atau purata minimum, aset cair hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi kesemua atau apa-apa liabilitinya yang ditanggung oleh pejabatnya di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam penentuan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), Bank hendaklah menentukan suatu tempoh yang tidak kurang daripada tujuh hari yang dalam tempoh itu sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mematuhi penentuan itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Bank boleh melarang mana-mana institusi yang ditetapkan daripada memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan kepada mana-mana orang dalam tempoh institusi yang ditetapkan itu tidak mematuhi mana-mana kehendak penentuan di bawah seksyen ini.