Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian IV · Obligasi dan Sumber Kewangan
40. Penyenggaraan aset di Malaysia
Feedback & supportMelainkan jika Bank meluluskan selainnya secara bertulis, sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memegang pada setiap masa di Malaysia apa-apa amaun minimum aset sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Bagi maksud subseksyen (1), amaun minimum aset yang hendaklah dipegang di Malaysia hendaklah dinyatakan sebagai peratusan bagi kesemua atau apa-apa liabiliti institusi yang ditetapkan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit.
Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan suatu tempoh yang tidak kurang daripada tujuh hari yang dalam masa itu institusi yang ditetapkan hendaklah mematuhi penentuan itu.
Kuasa Bank untuk menentukan kehendak berhemat yang lain
*41. (1) Bank boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat yang lain untuk menggalakkan—
*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan
(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.
72
Undang-Undang Malaysia
kedudukan kewangan yang kukuh sesuatu institusi yang ditetapkan; atau
integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam penjalanan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti sesuatu institusi yang ditetapkan.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—
tadbir urus korporat;
pengurusan risiko; dan
pencegahan sesuatu institusi yang ditetapkan daripada digunakan, dengan sengaja atau tidak sengaja, bagi aktiviti jenayah.
Bank boleh, demi kepentingan institusi yang ditetapkan, menentukan standard mengenai perkara berhemat di bawah seksyen ini kepada subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan.
Tiap-tiap institusi yang ditetapkan dan subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa—
mematuhi standard sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank di bawah seksyen ini;
memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya adalah selaras dengan standard sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank di bawah seksyen ini; dan
sama ada atau tidak standard telah ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini, menguruskan perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang kukuh dan amalan tadbir urus yang berkesan, bertanggungjawab dan telus.
Institusi Kewangan Pembangunan 73
Tiap-tiap pengarah dan pegawai sesuatu institusi yang ditetapkan dan subsidiari sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi atau subsidiari itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah seksyen ini.