Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VI · Pengawalan Orang yang Ingkar
54. Tindakan oleh Bank
Feedback & supportJika Bank berpuas hati sama ada menurut maklumat di bawah subseksyen 53(1) atau selepas satu pemeriksaan di bawah
Bahagian VIII, atau sekiranya Bank berpendapat bahawa, sesuatu institusi yang ditetapkan—
sedang menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan pemegang kepentingannya atau orang awam pada amnya;
solven, atau telah menjadi atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk memenuhi kesemua atau mana-mana obligasinya, atau hampir hendak menggantung pembayaran sehingga apa-apa takat;
telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498], tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu;
Institusi Kewangan Pembangunan 83
telah tidak mematuhi apa-apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan atau arahan yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;
sedang menjalankan suatu aktiviti yang tidak selaras dengan dokumen konstituennya atau dengan apa-apa penentuan yang dibuat di bawah subseksyen 28(1);
sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan;
telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik; atau
yang telah mendapat kelulusan untuk menjalankan perniagaannya atau aktivitinya mengikut
Shariah di bawah—
perenggan 33B(1)(a), menjalankan atau akan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaannya, hal ehwalnya atau aktivitinya mengikut cara yang bertentangan dengan Shariah;
atau
perenggan 33B(1)(b), menjalankan atau akan menjalankan mana-mana bahagian daripada perniagaan kewangan Islamnya mengikut cara yang bertentangan dengan Shariah,
Bank boleh, melalui perintah secara bertulis, menjalankan mana-mana satu kuasa di dalam subseksyen (2) atau lebih.
Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh—
84
Undang-Undang Malaysia
menghendaki institusi yang ditetapkan itu supaya mengambil apa-apa langkah, atau apa-apa tindakan, atau melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan atau perkara, berhubung dengan institusi itu, atau perniagaannya, atau pengarah atau pegawainya, yang difikirkan perlu oleh Bank dan yang dinyatakan oleh Bank dalam perintah itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu;
melarang sesuatu institusi yang ditetapkan daripada memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan lanjut selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, dan menjadikan larangan itu tertakluk pada apa-apa kekecualian, dan mengenakan apa-apa syarat berhubung dengan kekecualian itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, dan, dari semasa ke semasa, melalui perintah selanjutnya yang dibuat mengikut cara yang serupa, melanjutkan tempoh itu;
walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi yang ditetapkan, kerana sebab-sebab yang direkodkannya secara bertulis, memecat daripada jawatan, mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, mana-mana pegawai institusi yang ditetapkan itu;
walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa batasan yang terkandung dalam dokumen konstituen institusi yang ditetapkan itu, dan, khususnya, walau apa pun apa-apa batasan tentang bilangan minimum atau maksimum pengarah, kerana sebab-sebab yang direkodkan olehnya secara bertulis—
memecat daripada jawatan, mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu, mana-mana pengarah institusi yang ditetapkan itu; atau
Institusi Kewangan Pembangunan 85
melantik mana-mana orang sebagai pengarah institusi yang ditetapkan itu, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang itu dibayar oleh institusi itu apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; atau
melantik seseorang untuk menasihati institusi yang ditetapkan itu berhubung dengan perjalanan yang sepatutnya perniagaannya, dan mengadakan peruntukan dalam perintah itu supaya orang itu dibayar oleh institusi yang ditetapkan itu apa-apa saraan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Mana-mana institusi yang ditetapkan yang tidak mematuhi mana-mana kehendak di bawah perenggan (2)(a) atau melanggar mana-mana larangan di bawah perenggan (2)(b), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), kuasa Bank di bawah perenggan (2)(b), (c), (d) dan (e) tidak boleh dijalankan tanpa persetujuan Menteri yang diperoleh terlebih dahulu.