Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian VI · Pengawalan Orang yang Ingkar

59. Pengambilalihan kawalan

Feedback & support
(1)

Jika perintah dibuat di bawah perenggan 55(a), institusi yang ditetapkan itu dan pengarah dan pegawainya hendaklah menyerahkan harta, perniagaan dan hal ehwal institusi itu kepada kawalan Bank atau orang yang dilantik oleh Bank dan hendaklah memberi Bank atau

88

Undang-Undang Malaysia orang yang dilantik itu segala kemudahan sebagaimana yang dikehendaki untuk menjalankan perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(3)

Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus mengawal harta, perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan, dan menjalankan perniagaan dan hal ehwal institusi itu atas nama dan bagi pihak institusi itu, sehingga masa perintah itu dibatalkan di bawah subseksyen 56(4).

(4)

Semua kuasa institusi yang ditetapkan dan pengarahnya di bawah dokumen konstituennya, atau yang boleh dijalankan oleh institusi itu atau pengarahnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tidak kira sama ada kuasa tersebut boleh dijalankan melalui ketetapan, ketetapan khas, atau mengikut apa-apa cara lain hendaklah terletak hak pada Bank, atau pada orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa kesulitan yang berbangkit bolehlah diselesaikan oleh Menteri dengan arahan bertulis.

(5)

Selama tempoh sesuatu perintah di bawah perenggan 55(a)

berkuat kuasa, tiada pengarah institusi yang ditetapkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan institusi yang ditetapkan itu, kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank, atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tiada saraan boleh terakru atau kena dibayar kepada mana-mana pengarah institusi yang ditetapkan itu, kecuali yang berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh Bank, atau orang yang dilantik itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.

(7)

Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa sesuatu perintah di bawah perenggan 55(a) tidaklah mempunyai kuat

Institusi Kewangan Pembangunan 89

kuasa sebagai memberi, atau meletakhakkan pada, Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, apa-apa hakmilik bagi, atau apa-apa kepentingan benefisial mengenai, apa-apa harta institusi yang ditetapkan itu.

Report

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules