Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian VI · Pengawalan Orang yang Ingkar

60. Pengurangan modal syer dan pembatalan syer

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen konstituen sesuatu institusi yang ditetapkan, jika modal berbayar institusi yang ditetapkan itu telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada, Bank atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan suatu perintah untuk mengurangkan modal syernya dengan membatalkan apa-apa bahagian modal berbayarnya yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset yang ada.

(2)

Jika Mahkamah Tinggi membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusi yang ditetapkan, Mahkamah boleh, jika, apabila habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh apa-apa panggilan yang dibuat oleh institusi yang ditetapkan kepada anggota-anggotanya supaya membayar syer masing-masing, jika pembayaran bagi mana-mana syer sedemikian belum lagi dibuat, memerintahkan supaya syer sedemikian yang pembayarannya belum lagi dibuat dibatalkan.

(3)

Jika modal syer sesuatu institusi yang ditetapkan dikurangkan di bawah subseksyen (1), atau mana-mana syernya telah dibatalkan di bawah subseksyen (2), Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menyebabkan supaya dokumen konstituen institusi yang ditetapkan itu diubah dengan sewajarnya.

(4)

Kuasa yang diberikan kepada Bank dan orang yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa kuasa yang boleh dijalankan di bawah subseksyen 64(1)

*Akta Syarikat 1965, dan jika permohonan dibuat kepada Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen (1), Mahkamah Tinggi boleh

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

90

Undang-Undang Malaysia menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 64 *Akta Syarikat 1965 berhubung dengan sesuatu permohonan bagi pengesahan dan subseksyen 64(9) dan 64(10) Akta itu hendaklah terpakai bagi permohonan itu.

Report

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules