Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VI · Pengawalan Orang yang Ingkar
57. Pelantikan di bawah seksyen 54
Feedback & supportSeseorang yang dilantik oleh
Bank di bawah subperenggan 54(2)(d)(ii), perenggan 54(2)(e), atau perenggan 55(a)
hendaklah dilantik tertakluk pada apa-apa terma dan syarat, dan selama apa-apa tempoh, yang diputuskan oleh Bank, dan hendaklah memegang jawatannya pelantikannya itu mengikut kehendak Bank dan tidaklah menanggung apa-apa obligasi atau liabiliti semata-mata disebabkan dia memegang jawatan itu.
Pelantikan seseorang pengarah di bawah subperenggan 54(2)(d)(ii)
tidaklah menjejaskan mana-mana peruntukan dokumen konstituen yang membolehkan institusi yang ditetapkan itu mempunyai pengarah tambahan jika bilangan maksimum pengarah yang dibenarkan di bawah dokumen konstituen belum lagi mencapai atau melebihi bilangan maksimum disebabkan oleh pelantikan itu.
Jika seseorang penerima atau pengurus telah dilantik berkenaan dengan sesuatu institusi yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah perenggan 55(b), segala kos, caj dan perbelanjaan yang patut,
Institusi Kewangan Pembangunan 87
termasuk saraan penerima atau pengurus itu, hendaklah kena dibayar daripada aset institusi yang ditetapkan itu dengan diberi keutamaan daripada semua tuntutan yang lain.