Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VI · Pengawalan Orang yang Ingkar
55. Tindakan oleh Menteri
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 54, Menteri boleh, atas syor Bank, menetapkan—
supaya Bank mengambil alih kawalan kesemua atau sebahagian daripada harta, perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan, dan menjalankan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan dan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu atau supaya Bank melantik mana-mana orang untuk berbuat demikian bagi pihak Bank, dan bagi kos dan perbelanjaan Bank, atau saraan orang yang dilantik itu, kena dibayar daripada wang dan harta institusi yang ditetapkan itu sebagai gadaian pertama ke atasnya;
86
Undang-Undang Malaysia
sama ada sesuatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a), membenarkan suatu permohonan dibuat oleh Bank kepada Mahkamah Tinggi untuk melantik seorang penerima atau pengurus untuk menguruskan kesemua atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal dan harta institusi yang ditetapkan, dan bagi mendapatkan daripada Mahkamah Tinggi segala perintah atau arahan yang bersampingan dengan, berdampingan dengan atau berbangkit daripada pelantikan itu sebagaimana yang, pada pendapat Bank, perlu atau suai manfaat; atau
sama ada sesuatu perintah telah dibuat atau tidak di bawah perenggan (a) atau (b), membenarkan Bank mengemukakan suatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi untuk menggulung institusi yang ditetapkan itu.