Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VI · Pengawalan Orang yang Ingkar
62. Moratorium
Feedback & supportJika Bank, atau orang yang dilantik, telah mengambil alih kawalan sesuatu institusi yang ditetapkan, Menteri boleh atas syor
Bank, jika difikirkannya berfaedah kepada kepentingan pemegang kepentingan institusi yang ditetapkan itu, atau orang awam pada amnya, menetapkan bagi semua atau mana-mana yang berikut:
melarang institusi yang ditetapkan itu menjalankan semua perniagaannya atau mana-mana bahagian daripada perniagaannya;
melarang institusi yang ditetapkan itu melakukan atau melaksanakan apa-apa perbuatan atau fungsi yang berkaitan dengan semua perniagaannya atau mana-mana bahagian perniagaannya;
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Institusi Kewangan Pembangunan 91
membenarkan Bank, atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, memohon kepada Mahkamah
Tinggi bagi suatu perintah yang menangguhkan selama tempoh tidak melebihi enam bulan pemulaan atau penerusan semua atau mana-mana tindakan dan prosiding yang bersifat sivil oleh atau terhadap institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan semua atau mana-mana perniagaannya;
mengadakan peruntukan bagi segala perkara itu yang bersampingan, berdampingan atau berbangkit, atau yang baginya mungkin perlu atau suai manfaat diadakan selainnya peruntukan, untuk melaksanakan perintah itu termasuk peruntukan bagi Bank atau orang yang dilantik, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengambil harta, buku, dokumen atau barang-barang institusi yang ditetapkan itu ke dalam jagaan atau kawalan Bank atau orang itu.
Mana-mana institusi yang ditetapkan yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit.
Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat melainkan jika institusi yang ditetapkan telah diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi terhadap, atau berhubung dengan, perintah yang dicadangkan, dengan syarat bahawa jika apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan pemegang kepentingan, perintah itu boleh dikeluarkan dahulu, dan peluang untuk membuat representasi hendaklah diberikan selepas sahaja perintah itu dibuat, dan berbangkit daripada representasi itu, perintah itu boleh, atas syor Bank, sama ada disahkan, atau dipinda atau dibatalkan di bawah subseksyen (4) oleh Menteri.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), atau menurut kuasa subseksyen (3), boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri melalui suatu perintah yang dibuat atas syor Bank, dan mana-mana perintah sedemikian boleh mengandungi segala perintah,
92
Undang-Undang Malaysia arahan atau peruntukan yang berdampingan, bersampingan atau berbangkit sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.