26. Pindaan seksyen 28
Feedback & supportSeksyen 28 Akta ibu dipinda—
dengan memotong subseksyen (2);
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan perkataan “Tiada” dengan perkataan “Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Bank, tiada”;
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “akauntan, peguam bela, arkitek, ejen hartanah, doktor atau mana-mana orang lain”
dengan perkataan “mana-mana orang”;
dengan memasukkan di hujung perenggan (b)
perkataan “dan”; dan
dengan memotong perenggan (c);
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Tiada institusi yang ditetapkan boleh memberikan apa-apa kemudahan pembiayaan kepada mana-mana perbadanan yang mana-mana anggota, pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan itu mempunyai apa-apa kepentingan dalam syernya yang amaunnya, pada agregatnya, melebihi apa-apa peratusan yang ditentukan oleh Bank.”;
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perenggan (b)
dengan perenggan yang berikut:
“(b) jika tiada peruntukan sedemikian dan institusi yang ditetapkan itu berpuas hati bahawa wujud hal keadaan khas atau belas kasihan, suatu pinjaman yang tidak melebihi tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.”; dan
dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang pengarah atau pegawai” perkataan
“, atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank”.