Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

24. Pindaan seksyen 26

Feedback & support

Seksyen 26 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“subsidiari” perkataan “atau kepentingan material dalam perbadanan”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (b); dan

Undang-Undang Malaysia 22

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (c) dengan perkataan “; atau”, dan memasukkan selepas perenggan itu perenggan yang berikut:

“(d) melupuskan semua atau mana-mana kepentingannya dalam subsidiarinya atau suatu perbadanan yang institusi yang ditetapkan itu memegang suatu kepentingan material.”;

(a)

adalah selaras dengan perniagaan yang dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu; atau

(b)

secara langsung atau tidak langsung menyentuh keselamatan dan kekukuhan institusi yang ditetapkan itu.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Dalam menentukan kepentingan sesuatu institusi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1),

Bank hendaklah mempertimbangkan perkara yang

Bank berpendapat adalah berkaitan termasuklah sama ada aktiviti subsidiari atau perbadanan yang institusi yang ditetapkan itu memegang suatu kepentingan material itu—

(d)

dengan memotong subseksyen (3).

Report

Penggal 1

Penggal 2

Penggal 3

Penggal 4

Schedules