Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
99. Seksyen baru 114a, 114b, 114c dan 114d
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114
seksyen yang berikut:
“Pendakwaan 114a. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan persetujuan bertulis
Pendakwa Raya.
Perlindungan berhubung dengan penzahiran maklumat kepada Bank 114b. (1) Jika seseorang menzahirkan secara suci hati kepada Bank pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa-apa dokumen atau maklumat bahawa suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan atau mungkin akan dilakukan di bawah Akta ini—
orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran obligasi kerahsiaan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah amalan profesional;
ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat penzahiran itu kepada Bank yang dia percaya penzahiran itu perlu bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini; dan
tidak ada hak atau remedi kontraktual atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab penzahiran itu.
Apa-apa dokumen atau maklumat yang dizahirkan kepada Bank di bawah subseksyen (1) dan maklumat dan pengenalan diri orang yang membuat penzahiran itu hendaklah menjadi rahsia antara Bank dengan orang yang membuat penzahiran itu.
Undang-Undang Malaysia 88
Peruntukan keterangan 114c. Dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini—
apa-apa pernyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Gabenor atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi Bank bagi pihaknya, yang menjadi sebahagian daripada atau dilampirkan kepada apa-apa surat, daftar, rekod atau dokumen, bagaimanapun dinyatakan, diperihalkan atau digambarkan; atau
pengemukaan suatu salinan bercetak suatu standard, penentuan, perintah, arahan, petunjuk, notis, kehendak, syarat atau sekatan, surat, daftar, rekod, dokumen atau apa-apa surat cara lain yang ditentukan atau dikeluarkan menurut Akta ini, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan tentang apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya.
Kuasa Bank untuk menyiarkan maklumat 114d. Bank boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam apa-apa bentuk dan cara yang difikirkannya sesuai, apa-apa maklumat berhubung dengan—
apa-apa tindakan penguatkuasaan yang diambil di bawah
Akta ini termasuk prosiding jenayah, pengkompaunan, tindakan sivil dan tindakan pentadbiran; dan
keputusan tindakan yang disebut dalam perenggan (a)
termasuk keputusan apa-apa prosiding, penyelesaian dalam atau luar mahkamah berhubung dengan apa-apa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan peruntukan Akta ini.”.