Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

27. Pindaan seksyen 29

Feedback & support

Seksyen 29 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Had pendedahan pihak balas tunggal”;

Undang-Undang Malaysia 24

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Tertakluk kepada subseksyen 28(1) dan kecuali diluluskan oleh Menteri atas syor Bank, tiada institusi yang ditetapkan boleh mempunyai pendedahan kepada suatu pihak balas tunggal, sama ada berhubung dengan kumpulan wangnya sendiri atau mana-mana kumpulan wang amanah yang diuruskannya di bawah seksyen 43, yang melebihi had yang ditentukan oleh Bank.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suatu pendedahan kepada pihak balas tunggal yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk suatu pendedahan kepada mana-mana kumpulan orang yang berkaitan dengan pihak balas tunggal itu tetapi tidak termasuk apa-apa pendedahan kepada, dan apa-apa pendedahan yang dijamin secara nyata oleh,

Bank atau Kerajaan.

(1b)

Bagi maksud seksyen ini, Bank boleh menentukan perkara yang menjadi “berkaitan”, “pihak balas” atau

“pendedahan”.”; dan

(d)

dengan memotong subseksyen (2), (3), (4), (5) dan (6).

Report

Penggal 1

Penggal 2

Penggal 3

Penggal 4

Schedules