Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

93. Bahagian baru VIIIa dan VIIIb

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 106

Bahagian yang berikut:

“Bahagian VIIIa

TINDAKAN PENTADBIRAN

Kuasa Bank untuk mengambil tindakan 106a.  (1)  Seseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah Akta ini sekiranya orang itu tidak mematuhi atau melaksanakan—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 72

(b)

mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

(c)

apa-apa perintah yang dibuat atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Bank; atau

(d)

mana-mana standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah Akta ini.

(2)

Bank hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam menentukan tindakan sewajarnya yang hendak diambil dalam setiap hal:

(a)

keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang hendak diambil di bawah Akta ini;

(b)

perkadaran tindakan yang hendak diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;

(c)

pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan

(d)

apa-apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat Bank.

(3)

Sekiranya pada pendapat Bank seseorang telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Bank boleh, tertakluk kepada seksyen 123b, mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:

(a)

membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu—

(i)

untuk mematuhi atau melaksanakan; atau

(ii)

untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan, mana-mana peruntukan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak yang disebut dalam subseksyen (1);

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(b)

tertakluk kepada subseksyen (4), mengenakan suatu penalti monetari—

(i)

mengikut perintah yang disiarkan dalam Warta yang dibuat di bawah seksyen 106c atau sekiranya tiada perintah dibuat, mengikut apa-apa amaun yang Bank berpendapat patut, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan atau satu juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh mana-mana individu;

(ii)

yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar keuntungan wang yang diperoleh atau kerugian yang dielakkan oleh orang itu yang berbangkit daripada kemungkiran itu; atau

(iii)

yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun wang yang menjadi hal perkara kemungkiran itu, mengikut mana-mana yang lebih berat bagi setiap kemungkiran atau ketidakpatuhan;

(c)

mencela secara bertulis orang yang mungkir itu atau menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu kenyataan umum berhubung dengan kemungkiran itu, sekiranya pada pendapat

Bank kemungkiran itu berkaitan untuk maklumat orang awam;

(d)

membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Bank untuk mengurangkan kesan kemungkiran itu; atau

(e)

membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki institusi yang ditetapkan untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.

Undang-Undang Malaysia 74

(4)

Bank boleh mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan (3)(b) hanya berkenaan dengan yang berikut:

(a)

kemungkiran mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;

(b)

kemungkiran apa-apa kehendak di bawah mana-mana peruntukan lain di bawah Akta ini jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi ketidakpatuhan kehendak itu;

(c)

kegagalan untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini jika tiada peruntukan bagi pengenaan penalti diperuntukkan mengikut perenggan 123(2)(b); atau

(d)

kegagalan untuk mematuhi mana-mana standard, perintah, arahan, kehendak, syarat, penentuan, sekatan atau selainnya yang dibuat atau dikenakan menurut mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam

Jadual Ketiga.

(5)

Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, mana-mana tindakan di bawah subseksyen (3)

boleh diambil terhadap seseorang—

(a)

yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya, atau pernah berupa untuk bertindak atas sifat sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kemungkiran itu melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu telah dilakukan tanpa dipersetujuinya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan segala usaha untuk mencegah kemungkiran itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan itu.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(6)

Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, suatu tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu.

(7)

Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam menentukan sama ada apa-apa amaun perlu dibayar oleh seseorang yang mungkir, Bank hendaklah mengambil kira—

(a)

sama ada seorang atau lebih telah menanggung kerugian atau terjejas berbangkit daripada kemungkiran itu;

atau

(b)

keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu.

(8)

Apa-apa penalti monetari yang dibayar oleh seseorang mengikut perenggan (3)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.

(9)

Jika seseorang gagal untuk membayar penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (3)(b) dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, penalti yang dikenakan oleh Bank itu boleh dibawa guaman baginya atau didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada

Kerajaan.

(10)

Jika seseorang gagal untuk meremedi kemungkiran termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan disebabkan kemungkiran di bawah perenggan (3)(e), walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, Bank boleh membawa guaman bagi dan mendapatkan balik amaun itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.

Undang-Undang Malaysia 76

(11)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menghalang

Bank daripada mengambil apa-apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis.

Menyerah simpan amaun yang tidak diagihkan dengan

Pendaftar Wang Tak Dituntut 106b.

Setakat apa-apa amaun yang dibayar di bawah perenggan 106a(3)(e) atau subseksyen 106a(10) yang tidak diagihkan oleh orang yang mungkir selepas usaha yang munasabah untuk memaklumkan orang yang terkilan gagal oleh sebab kesulitan untuk memaklumkan orang yang terkilan, amaun itu hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar

Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak

Dituntut 1965 [Akta 370].

Kuasa Bank untuk menetapkan penalti monetari 106c.  Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, menetapkan perkara yang berikut sebagaimana yang disifatkannya perlu, bagi menguatkuasakan sepenuhnya atau memudahkan pelaksanaan subperenggan 106a(3)(b)(i), atau bagi maksud Akta ini:

(a)

pengelasan atau penetapan kemungkiran di bawah Akta ini kepada kategori kemungkiran yang berlainan;

dan

(b)

penetapan, mengikut perenggan (a), suatu penalti monetari, atau suatu julat penalti monetari, berkenaan dengan setiap kategori kemungkiran.

Permohonan bagi rayuan keputusan 106d.  (1)  Mana-mana orang yang terkilan dengan suatu keputusan Bank di bawah perenggan 106a(3)(b) atau (e)

boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari selepas orang itu telah diberitahu tentang keputusan itu, merayu dengan memfailkan suatu notis secara bertulis kepada Jawatankuasa

Semakan Penalti Monetari yang ditubuhkan di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(2)

Keputusan Bank di bawah perenggan 106a(3)(b) atau (e)

tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan.

(3)

Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari boleh memutuskan untuk mengesahkan keputusan Bank atau menghendaki Bank untuk mempertimbangkan semula dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan Jawatankuasa itu.

Bahagian VIIIb

TINDAKAN SIVIL

Tindakan sivil oleh Bank 106e.  Jika Bank mendapati bahawa terdapat kebarangkalian munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan memungkiri atau telah memungkiri atau berkemungkinan tidak mematuhi atau telah tidak mematuhi—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa perintah yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini;

(d)

apa-apa standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah Akta ini; atau

(e)

apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 106a(3),

Bank boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah untuk memohon apa-apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 106f(1) terhadap orang itu sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan

Undang-Undang Malaysia 78

dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu atau sama ada atau tidak pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

Perintah oleh mahkamah 106f.  (1)  Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 106e, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—

(i)

amaun kasar keuntungan wang yang diperoleh atau kerugian yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau

(ii)

amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

suatu perintah yang menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil apa-apa amaun yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira keseriusan atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;

(c)

suatu perintah—

(i)

yang menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau

(ii)

yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(d)

suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;

(e)

suatu perintah yang mengarahkan orang itu atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

79

pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(f)

suatu perintah yang mengarahkan institusi yang ditetapkan untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;

(g)

jika seorang telah enggan atau tidak mematuhi apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 106a(3), suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank itu; dan

(h)

apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan dalam subseksyen ini.

(2)

Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau pernah berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian; atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, dalam hal yang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan dia telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan itu.

Undang-Undang Malaysia 80

(3)

Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—

(a)

yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau yang pernah berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian;

atau

(b)

yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu.

(4)

Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—

(a)

pertamanya, untuk membayar balik kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan

(b)

keduanya, untuk membayar orang yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(f);

atau

(c)

ketiganya, untuk membayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan melainkan jika mahkamah memerintahkan supaya apa-apa jumlah atau bahagian jumlah itu digunakan untuk membayar pampasan kepada orang yang telah menanggung kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

(5)

Sekiranya institusi yang ditetapkan mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f) memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan untuk mengenal pasti atau memaklumkan orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, institusi yang ditetapkan itu hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak

Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

(6)

Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.

(7)

Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

(8)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.

Tindakan sivil untuk menuntut pampasan 106g.  (1)  Jika mana-mana orang—

(a)

telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau

(b)

telah dikompaun di bawah seksyen 113 atas apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya, dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa-apa jenis atau bentuk kerugian atau kerosakan kepada sesuatu institusi yang ditetapkan, Bank boleh memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi maksud menuntut tanggung rugi daripada orang yang disebut dalam subseksyen (2).

(2)

Orang yang berikut hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan secara penuh bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada institusi yang ditetapkan:

(a)

orang yang disabitkan atas kesalahan itu, atau orang yang dikompaun di bawah seksyen 113 atas kesalahan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 82

(b)

mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi yang ditetapkan, mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara jua atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal institusi yang ditetapkan, atau mana-mana orang yang membantu dalam pengurusan itu.

(3)

Mahkamah boleh, setelah menyemak suatu permohonan oleh Bank, membuat suatu perintah menentukan amaun wang yang orang yang disebut dalam subseksyen (2) bertanggungan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan.

(4)

Orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak bertanggungan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan sekiranya—

(a)

kesalahan itu dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya; dan

(b)

dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut diambil atau dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dan semua hal keadaan yang kesalahan itu dilakukan.

(5)

Suatu amaun yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah digunakan—

(a)

pertamanya, untuk membayar balik kepada Bank segala kos prosiding untuk menuntut tanggung rugi itu; dan

(b)

keduanya, untuk memberi pampasan kepada institusi yang ditetapkan.

(6)

Tindakan sivil di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh orang itu telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain atau dikompaun di bawah seksyen 113.

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

83

Perintah interim 106h.  Sekiranya suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen 106f(1)

atau 106g(1), mahkamah boleh, sekiranya disifatkannya wajar, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat apa-apa perintah interim yang telah dipohon dan perintah interim itu hendaklah berkuat kuasa sementara menanti keputusan permohonan perintah itu.

Pelanggaran perintah mahkamah 106i.  (1)  Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintah mahkamah yang dibuat di bawah subseksyen 106f(1), 106g(3)

atau seksyen 106h melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.

(2)

Subseksyen (1) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman bagi penghinaan mahkamah.

Tiada aku janji tentang ganti rugi 106j.  Jika Bank membuat suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah subseksyen 106f(1) atau 106g(1), mahkamah tidak boleh, sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Bank.

Tindakan lain 106 k.

Suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 106f(1) atau 106g(1) tidak boleh menjejaskan apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh Bank, orang yang terkilan atau institusi yang ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.

Undang-Undang Malaysia 84

Keterangan yang diperoleh dalam penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil 106l.  (1)  Walau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, peralatan, mesin, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang diperoleh oleh Bank dalam menjalankan kuasa penyiasatannya terhadap—

(a)

sesuatu institusi yang ditetapkan;

(b)

mana-mana pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan;

(c)

mana-mana ejen institusi yang ditetapkan; atau

(d)

mana-mana orang lain, boleh digunakan oleh Bank dalam suatu tindakan sivil yang dimulakan oleh Bank.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, peralatan, mesin, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh tidak diterima dalam mana-mana prosiding sivil di bawah Akta ini yang Bank ialah suatu pihak semata-mata disebabkan ia diperoleh oleh Bank dalam penjalanan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah bagi keterangan di bawah mana-mana undang-undang.”.

Report