Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

95. Seksyen baru 107a

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 108

seksyen yang berikut:

“Aku janji yang boleh dikuatkuasakan 107a.  (1)  Menteri atau Bank boleh menerima suatu aku janji bertulis yang diberikan oleh seseorang berkaitan dengan suatu

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

85

perkara yang berhubungan dengan kuasa dan fungsi Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Aku janji bertulis yang diterima di bawah subseksyen (1)

boleh diubah atau ditarik balik oleh orang yang memberi aku janji itu dengan persetujuan Menteri atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Sekiranya Bank berpendapat bahawa orang yang telah memberikan suatu aku janji bertulis kepada Menteri atau

Bank telah memungkiri mana-mana terma aku janji itu—

(a)

Bank boleh memohon, berhubung dengan aku janji yang diberikan kepada Bank; atau

(b)

Bank boleh mengesyorkan kepada Menteri untuk memohon, berhubung dengan aku janji yang diberikan kepada Menteri, kepada Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah di bawah subseksyen (4) melalui saman pemula.

(4)

Sekiranya Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa seseorang telah memungkiri mana-mana terma aku janji itu,

Mahkamah Tinggi boleh membuat mana-mana atau semua perintah yang berikut:

(a)

suatu perintah mengarahkan orang itu untuk mematuhi aku janji itu;

(b)

suatu perintah mengarahkan orang itu untuk membayar kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan suatu amaun setakat amaun apa-apa manfaat kewangan yang orang itu peroleh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, yang berhubung kait secara munasabah dengan kemungkiran itu;

(c)

apa-apa perintah yang pada pendapat Mahkamah Tinggi adalah wajar yang mengarahkan orang itu untuk memberikan pampasan kepada mana-mana orang lain yang menanggung kerugian atau kerosakan akibat daripada kemungkiran itu; atau

Undang-Undang Malaysia 86

(d)

apa-apa perintah lain yang pada pendapat Mahkamah

Tinggi adalah wajar.

(5)

Bank berhak untuk didengar dalam prosiding yang berhubungan dengan suatu permohonan yang dibuat kepada

Mahkamah Tinggi berkenaan dengan suatu kemungkiran aku janji yang diberikan kepada Menteri.”.

Report