Seksyen 13
Pewakilan fungsi dan kuasa Majlis
of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008
Majlis boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, selain kuasa untuk meminjam wang atau untuk memperdapatkan pinjaman—
(a)
kepada Pengerusi;
(b)
kepada seorang anggota Majlis;
(c)
kepada suatu jawatankuasa;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 688
(d)
kepada Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan;
(e)
kepada Ketua Eksekutif; atau
(f)
kepada seorang pegawai Majlis.
(2)
Pengerusi, seorang anggota Majlis, sesuatu jawatankuasa,
Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan, Ketua Eksekutif atau seorang pegawai Majlis yang telah diwakilkan dengan apa-apa fungsi atau kuasa oleh Majlis adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat, sekatan dan kehendak lain yang dikenakan oleh
Majlis dan segala tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Majlis dalam melaksanakan apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.
(3)
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Majlis.
(4)
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak akan menghalang Majlis daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri pada bila-bila masa apa-apa fungsi atau kuasa yang diwakilkan itu.