Skip to content

Seksyen 12

Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa

of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

ActIn forceProvision 12 of 28
Seksyen 12
(1)

Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis bagi membantu Majlis melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Majlis boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi mana-mana jawatankuasa.

(3)

Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa.

(4)

Keanggotaan sesuatu jawatankuasa boleh termasuk seorang individu atau lebih daripada sektor swasta.

(5)

Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa.

(6)

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua berhubung dengan sesuatu jawatankuasa.